Biografi Bill Gates
Saturday, 14 November 2015, ϟ 0 shout(s)
William
Henry Gates III atau Bill Gates dilahirkan di Seattle’s Swedish Hospital di
Seattle, Washington pada 28 Oktober 1955. Bill Gates adalah anak kedua dari
tiga adik beradik. Ayahnya William Henry Gates adalah seorang peguam yang
bekerja di sebuah firma guaman di kota. Manakala ibunya Mary Maxwell seorang
pegawai First Interstate Bank, Pacific Northwest Bell dan anggota Tingkat
Nasional United Way.
Bill Gates merupakan pelajar cemerlang
ketika di sekolah rendah terutama dalam mata pelajaran matematik dan sains.
Pada umur 13 tahun (Reshma,2010). Bill Gates dihantar belajar ke Lakeside
School For Boys, sekolah yang paling unggul di Seattle, di mana yuran
tahunannya ialah USD$5000 berbanding dengan Universiti Harvard sebanyak
USD$1,760. Ketika di dalam gred 8, Kelab Ibu sekolah tersebut membuat kutipan
jualan untuk membeli terminal teletaip ASR-33 dan juga beberapa blok masa
menggunakan komputer dari Syarikat General Electric Computer(GE).
Bill
Gates menunjukkan minat yang amat tinggi dalam pengaturcaraan GE menggunakan
BASIC dan diberi kelonggaran tidak menghadiri kelas matematik untuk minatnya
itu. Selepas sumber kewangan dari Kelab Ibu mula habis disebabkan pembayaran
untuk kegunaan masa komputer, Bill Gates dan beberapa pelajar lain terpaksa
mencari cara lain. Mereka berjaya mendapat kebenaran dari sebuah syarikat,
Computer Center Corporation (CCC) untuk menggunakan komputer mereka, DEC PDP
minicomputers secara percuma dengan membantu syarikat tersebut mencari pepijat
(bugs) untuk perisian mereka.
Berikut
merupakan ciri-ciri keusahawanan yang yang terdapat dalam diri Bill Gates
sehingga menjadi seorang usahawan yang Berjaya.
1. Berorientasikan
pasukan
Bill
Gates merupakan salah seorang pengasas bersama Microsoft Corporation iaitu
syarikat perisian komputer pada tahun 1975 iaitu pada usia beliau 19 tahun
bersama Paul Allen. Beliau memiliki wawasan yang sangat jelas dan berpandangan
jauh pada masa itu. Pada usia 14 tahun, Bill Gates memulakan syarikat usahasama
bersama Paul Allen dan Paul Gilbert yang dipanggil Traf-O-Data. Mereka membina
pengira trafik yang menyimpan data di dalam pita yang ditekan (Punched Tape).
Ia merupakan sebuah komputer kecil yang digunakan untuk mengawal trafik lalu
lintas dan mempunyai perisian untuk memproses data. Mereka mendapat keuntungan
bersih USD$20,000 pada tahun yang pertama.
Walau
bagaimanapun apabila umur Bill Gates diketahui, syarikat mereka kehilangan
hampir kebanyakan peluang perniagaan. Traf-O-Data adalah syarikat pertama Bill
Gates. Bill Gates, menurut sumber akhbar mendapat markah 1590 untuk SAT
(Kelayakan unutk memasuki universiti di Amerika Syarikat) dan memohon untuk
memasuki Universiti Harvard pada musim luruh 1973 dalam bidang undang-undang.
Ketika belajar di universiti tersebut, beliau berkenalan dengan Steve Ballmer
yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Microsoft
Corporation. (Jeanne,2009)
2. Kegagalan
adalah satu pilihan
Meskipun
dilabel sebagai ‘College drop-out’, sewaktu di Harvard kerana gagal mencapai
keputusan yang baik dalam pengajian undang-undang. Dengan ‘drop-out’nya Bill
dari kampus membuatkannya lebih fokus untuk mengembangkan Microsoft yang
kemudian hari berjaya sebagai penyedia Software komputer yang terbesar di
dunia. Semasa belajar di Harvard, Bill Gates dan Paul Allen telah menulis
program Altair BASIC untuk Altair 8800 pada pertengahan 1970. Altair merupakan
komputer peribadi pertama yang berjaya. Kejayaan tersebut menjadi inspirasi
untuk Gates dan Allen mencipta Microsoft BASIC, bahasa komputer terjemahan
utama untuk sistem operasi komputer MS-DOS, yang menjadi kunci pada kejayaan
Microsoft.
Sejak Microsoft ditubuhkan pada tahun
1975, Bill Gates bekerja 14 jam tiap hari, dan semasa membangunkan sistem
operasi Windows untuk pertama kalinya Bill Gates hanya tidur 8 jam dalam
seminggu. Walaupun beliau pernah gagal dalam peperiksaan semasa menuntut di
Harvard, namun ia tidak mematahkan semangat Bill sehingga berjaya seperti
sekarang. Akhirnya usaha gigihnya pun membuahkan hasil, Gates menjadi jutawan
yang selama tiga belas tahun (Forbes,2005). Tempat tinggalnya pun tidak kalah
menakjubkan. Tempat tinggalnya adalah sebuah rumah bawah tanah yang terdapat di
sisi sebuah bukit menghadap Lake Washington di Medina
3. Berwawasan
Bill
Gates merupakan salah seorang pengasas bersama Microsoft Corporation iaitu
syarikat perisian komputer pada tahun 1975 iaitu pada usia beliau 19 tahun
bersama Paul Allen. Beliau memiliki wawasan yang sangat jelas dan berpandangan
jauh pada masa itu.
” Saya mahu menulis perisian komputer, yang
merupakan perkara yang amat khusus. Sayatahu perisian komputer akan menjadi
industri besar. Saya tidak pasti sama ada saya akanberjaya atau tidak, tetapi
saya punya wawasan bahawa komputer akan menjadi alat yang bernilai di atas
setiap meja dan akhirnya di setiap rumah ” (Bill Gates, 1993)
Begitulah
wawasan Bill Gates, beliau seolah-olah dapat menjangkakan revolusi yang akan
berlaku terhadap dunia komputer yang pada masa itu komputer peribadi pun
masihbelum wujud. Dalam usia 31 tahun, Bill Gates telah diisytiharkan sebagai
jutawan di Amerika malah telah mencatat sejarah jutawan termuda. Rahsia
kejayaan Bill Gates juga didorong oleh sifat kerja keras beliau sehingga di
gelar ‘gila kerja’ dan ‘nerd komputer’.
(Dangrohani,2012)
4. Pengambil
risiko
Ketika
sebelumnya revolusi Microsoft, pada suatu hari Paul Allen dalam perjalanan
ingin melawat Bill. Paul terlihat terbitan terbaru Popular Electronics dengan
muka hadapan gambar Altair 8800 . Komputer peribadi yang dijual sebagai kit.
Paul dapat melihat ini mungkin permulaan komputer peribadi yang boleh didapati
oleh setiap orang. Paul bergegas ke rumah Bill yang ketika itu berusia 19 tahun
dan berkata tentang peluang mereka untuk membuat perniagaan. Syarikat yang
membuat Altair ialah MITS. Tuan punya MITS, Ed Robert memerlukan bahasa
komputer yang mudah bagi Altair.
Bahasa
yang paling mudah ialah BASIC. Bill dan Paul memberitahu Robert bahawa mereka
mampu menyediakan versi BASIC bagi Altair. Pada masa itu Robert agak tidak
percaya kerana tidak ada seorang pun sebelum ini pernah menulis BASIC pada
komputer peribadi. Bill dan Paul bekerja siang dan malam untuk menyiapkan BASIC
untuk Altair hanya dengan berpandukan gambar dan manual sahaja.Pendapat Robert
tentang mereka berdua jelas sekali salah, versi BASIC untuk Altair berjaya
disiapkan oleh Bill Gates dan Paul Allen serta berfungsi dengan baik. Semasa
tahun pertamanya, Gates digugurkan daripada Harvard untuk menumpukan tenaganya
sepenuh masa untuk Microsoft, syarikat beliau telah bermula pada tahun 1975
dengan rakan masa kanak-kanaknya iaitu Paul
Allen terhadap produk-produk baru (Dhananjay,2009).
5. Keterbukaan
Bill
Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat terkenal dalam revolusi
komputer peribadi. Walaupun beliau dihormati ramai dengan kekayaaan berdasarkan
kepintaran dan cara pemikirannya, namun begitu taktik perniagaan beliau kerap
dikritik sebagai tidak bersaing secara adil yang menyebabkan beliau dihadapkan
ke mahkamah beberapa kali. Bill Gates kerap membuat sumbangan dengan
mendermakan jumlah wang yang besar kepada banyak organisasi dan program kajian
sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun 2000, Bill &
Melinda Gates Foundation.
Bill berkahwin dengan Melinda French pada
tahun 1994 dan mereka mempunyai tiga orang anak. Ia adalah dengan sokongan
berterusan Melinda merialisasikan impian beliau
untuk membantu golongan miskin dan yang memerlukan. Bill dan Melinda
bersama-sama menubuhkan Gates Foundation, dan ia telah dikurniakan dengan lebih
daripada $ 35 bilion. Beberapa tahun yang lalu, beliau melawat Einstein
Elementary School Chicago dan mengumumkan geran memberi manfaat kepada
sekolah-sekolah dan muzium Chicago dan menderma sejumlah $ 110,000, sekumpulan
komputer, dan menyediakan sambungan Internet untuk beberapa sekolah-sekolah.
Kedua, Bill Gates menyumbangkan 38 juta dolar untuk membina sebuah institut
komputer di Universiti Stanford. Gates merancang untuk memberikan 95% daripada
semua pendapatannya kalau ia sudah tua dan berambut putih (Dan Alexander,20
new past
