BERWAWASAN (VISIONARY)
Sunday, 18 October 2015, ϟ 0 shout(s)
DATO’ ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN
Seseorang
usahawan mesti menetapkan hala tuju yang jelas pada masa hadapan. Wawasan perlu
dibentuk pada kedua-dua jangka masa iaitu jangka masa pendek dan jangka masa
panjang.Dengan adanya halatuju atau wawasan yang jelas,wawasan dapat mengelakan
lencongan dan segala usaha yang diambil disasarkan kearah pencapaian wawasan
yang ditetapkan.
D'Herbs Healthy Marketing diasaskan oleh Dato’
Aliff Syukri Kamarzaman dan beroperasi di lot kedai di tingkat 2 yang ditubuhkan
pada September 2010 dimana beliau hanya dengan seorang pekerja sahaja dan
berbekalkan dengan 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk kuruskan badan,
Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir. Kini Dato’ Aliff Syukri
Kamarzaman mengorak langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir
90 produk baru dengan kakitangan seramai 35 orang yang membantu melancarkan
perjalanan syarikat.
D'Herbs telah menjadi satu jenama yang semakin
melonjak tinggi di hati pengguna bukan sahaja di Malaysia malah Singapura dan
Brunei dan berazam untuk menjadi salah satu jenama kosmetik yang terkenal di
Malaysia dan singapura dan Brunei dan matlamat mereka sehingga ke seluruh
dunia.Untuk menjadi usahawan yang berjaya beliau mempunyai matlamat agar D'Herbs menjadi sebuah syarikat utama yang
mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan berkonsepkan terbuka yang lebih
senang dan ringkas sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi
pengurusan, keberkesanan, kualiti harga
yang berpatutan boleh dimiliki oleh semua golongan sekaligus dapat menjana
pendapatan serta mendapatkan keuntungan bagi kedua – dua pihak seperti
pengeluar dan peniaga.
Dengan penubuhan D’Herb ini beliau berharap
dapat menyelesaikan masalah golongan wanita dan lelaki yang selalu mempunyai
masalah kesihatan dalaman mahupun luaran untuk tampil dengan lebih yakin dan
bergaya ,disamping itu dapat membantu mereka menjana pendapatan yang lebih
lumayan dengan jualan produk daripada D'Herbs.
Antara
objektif Syarikat D’Herb ialah membantu masyarakat merawat wajah luaran dan
dalaman,memberikan perkhidmatan selepas jualan,mempunyai konsep kedai yang
kemas, menarik, bersih dan ceria.Selain itu,memberikan produk yang terbaik
untuk pelanggan untuk masa jangka panjang,produk kosmetik, kesihatan dan kecantikan
diedarkan , ia terdapat di pasaran terutamanya di Malaysia dan menjadikan kedai
ini semua dalam satu untuk memudahkan pengguna (One Stop Center),menjadi sebuah
syarikat terbesar sendirian berhad dan menjadi sebuah syarikat bumiputera yang
maju dan kompetitif dalam perniagaan yang terus mencabar.
Tahun
kemuncak bagi produk D’Herbs di mana ia telah bernaung di bawah Label syarikat
Sendirian Berhad iaitu pada tahun 2012 dan telah dikembangkan perniagaan D’Herb
dengan berpindah ke bangunan 4 tingkat yang dimiliki oleh syarikatnya dan ia
lebih strategik dan selesa .Syarikatnya mampu menyakinkan semua stokis dan
pengedar untuk memasarkan dan menjual produk ini dengan lebih meluas dan
berkembang pesat dengan perpindahan syarikat ke tempat baharu.
Beberapa
anak syarikat baru telah ditubuhkan iaitu Megah Perawan Sdn.Bhd yang menjadi
tempat penghasilan dan menjual produk kosmetik ,ia meletakk Perawan
Sdn.Bhd yang dilantik dan akan bertanggungjawab untuk memasarkan produk Megah
Perawan Sdn.Bhd di seluruh Malaysia dan permintaan produk setakat ini amat
mendapat sambutan daripada seluruh pengguna di
Malaysia.D’Herbs juga telah membuka sebuah syarikat yang bernama Aliff
Herbs Manufacturing Sdn.Bhd di mana syarikat ini mengkhususkan pengilangan
produk kesihatan serta kecantikan dan mereka juga memberi peluang kepada
syarikat-syarikat lain yang berminat dengan penghasilan produk di bawah
syarikat ini.
perkembangan Dato' Aliff Syukri Kamarzaman pengasas D'herbs
Rujukan-http://www.deherbs.com.my
new past
