BERORENTASIKAN BERPASUKAN (TEAM ORIENTED)
Sunday, 18 October 2015, ϟ 0 shout(s)
Walaupun
seorang usahawan memerlukan autonomi dan sifat berdikari yang tinggi , mereka
tidak boleh mengetepikan aspek kerja dalam berpasukan ini. Hal ini kerana,
tidak semua kerja dapat dilakukan secara bersendirian. Usahawan memerlukan
orang lain membuat kerja-kerja pengeluaran,pengkeranian ataupun pemasaran
semasa mereka merancang dan menetapkan tujuan perniagaan . Kerja berpasukan
dapat memastikan kejayaan sesuatu usahaniaga.
Puan Faridah Zakaria adalah pengasas Butik
FAREEDA yang terkenal dengan penjualan tudungnya.Pada mulanya beliau hanyalah
seorang suri rumah yang berhasrat untuk mengurangkan beban kewangan suami
tersayang untuk menampung kos perbelanjaan keluarga .Puan Faridah memulakan
perniagaannya dengan membuat dan menjual pakaian dan langsir. Pada tahun 2006,
beliau seterusnya mula mereka dan membuat tudung dengan hasil tangannya sendiri
kerana beliau sukar menjumpai tudung yang menepati citarasanya. Hal ini telah
menyebabkan beberapa rakan dan kaum kerabat keluarganya tertarik dengan tudung
buatannya sendiri yang digayakan oleh Puan Faridah Zakaria, malah mereka sudah
mula membeli tudung rekaan puan Faridah Zakaria itu. Siapa sangka seorang suri
rumah ini telah berjaya menjadi salah seorang usahawan yang berjaya apabila
hasil jualan tudungnya hampir mencecah RM20Juta pada tahun 2012. Kini, beliau
telah mempunyai seramai 130 orang anggota pekerjanya, beberapa cawangan butik
dan 300 pengedar. Syarikat Fareeda ini telah berjaya menjual hampir 20000 unit
tudung setiap bulan, terutamanya di cawangan Bangi, Selangor.
Kini
Fareeda mempunyai lebih 100 orang penjual yang menjual secara online.Jualan
online oleh para penjual ini menyumbang kepada 40 peratus kepada pendapatan
Fareeda dan selebihnya adalah pelanggan biasa yang inginkan pemakaian sendiri
dan terus ke butik-butik Fareeda. Sebanyak 50 peratus pelanggan mereka adalah
dari pantai timur. Setiap rekaan Fareeda mampu bertahan popularitinya selama
enam bulan hingga setahun.
Fareeda sentiasa mengeluarkan rekaan terbaharu
setiap beberapa bulan bagi memberikan peluang memilih dan permintaan cita rasa
baharu kepada pelanggan atau peminat Fareeda.Walaupun beliau bermodalkan hanya
RM1,000 ketika memulakan perniagaan di Pulau Pinang, Fareeda tidak melakukan
pinjaman kewangan daripada mana-mana institusi kewangan.Setiap pembukaan butik,
beliau guna sumber kewangan sendiri.
new past
