TAAT (OBSERVANT)
Sunday, 18 October 2015, ϟ 0 shout(s)
Setiap
usahawan yang ingin berjaya dalam sesuatu yang akan diusahakannya perlulah
memiliki ciri- ciri yang akan membantu mereka mencapai matlamat yang
diidamkan.Kebanyakan usahawan atau ahli perniagaan hanya mengidamkan kejayaan
yang berterusaan di samping memperoleh pendapatan daripada apa yang mereka
diusahakan.
Terdapat beberapa ciri dan sifat positif yang
boleh membantu mereka iaitu para usahawan sepanjang mereka membina kejayaan
mereka.Bagi seseorang yang ingin berjinak-jinak dalam dunia usahawan dan untuk
bergelar status usahawan yang berjaya,mereka haruslah bersifat disiplin dari
segi waktu dan perbelanjaan. Manakala mereka yang masih tidak bersedia dengan
tidak melengkapkan diri dengan beberapa sifat seorang usahawan yang berjaya
,mereka bakal menemui kegagalan dalam usaha mereka.
Terdapat banyak sifat yang harus dimiliki oleh
para usahawan.Salah satu daripadanya ialah seorang individu yang bergelar
usahawan haruslah taat dalam menjalankan tugas tidak kira dalam apa jua keadaan
yang dihadapi.Hal ini kerana,Taat dalam melakukan tugas adalah sifat naluriah
yang dimiliki manusia sejak lahir yang telah dipupuk secara semula jadi.Sifat
ini menunjukkan betapa rendah diri,teliti dan gigih dalam melakukan sesuatu
pekerjaan.Tokoh usahawan yang menunjukkan sifat ingin tahu yang amat mendalam
ialah Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary
Seperti
yang kita ketahui bahawa di Malaysia,Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor
Al-Bukhary merupakan usahawan Melayu dan seorang ahli perniagaan yang terkaya. Pada 2005, menurut majalah
Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 billion seterusnya
menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005. Tan Sri Syed Mokhtar
dilahirkan di Kedah iaitu Alor Setar
pada tahun 1951. Sebagai seorang pengusaha daging,beliau memulakan
perniagaannya pada tahun 1970. Tambahan pula,Beliau yang juga merupakan pemilik
Yayasan al-Bukhary juga terlibat dalam perniagaan berasaskan pembinaan,
kejuruteraan, perladangan,pelabuhan dan infrastruktur. Pada tahun 80-an, bidang
pengangkutan telah dipilih olehTan Sri Syed Mokhtar dalam bidang perniagaan
beliau. Hal ini telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara
beberapa tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.
Pada
awal 90-an, karier perniagaannya mula dikenali semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin
menjadi Menteri Besar di Johor. Disebabkan minat beliau dalam bidang pengurusan
dan pembangunan pelabuhan hal ini menunjukkan bahawa beliau salah seorang
manusia yang bertanggungjawab menubuhkan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor
sehingga menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sekejap.
Tidak lama kemudian, Tan Sri Syed Mokhtar
telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary dan dengan nilai RM70 juta beliau
telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam yang di Kuala Lumpur.
Selain itu, sekitar Negeri Kedah dan Perak banyak kerja-kerja amal dan
kebajikan dilakukan oleh beliau. Dengan mempunyai kepentingan dalam Projek
Hidro Elektrik Bakun, Syarikat Gulf International Investment Group Capital
(GIIG) juga dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar.
Di
samping itu, beliau juga berpengaruh dalam dalam beberapa buah firma terkenal
di Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), Malakoff
Berhad,PERNAS, Johor Port Berhad
,Padiberas Nasional Berhad , Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd, ,
Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., dan banyak lagi. Dikatakan, dalam Lapangan
Terbang Antarabangsa Senai, Johor Tan
Sri Syed Mokhtar telah membeli kepentingan majoriti. MMC telah bergabung dengan
Gamuda Berhad dandengan nilai RM14.5 billion beliau telah berjaya mendapatkan
projek landasan keretapi berkembar sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan oleh
sebab faktor pemulihan ekonomi.
Antara
sumbangan social beliau ialah Yayasan Al-Bukhary, , Muzium Kesenian Islam,
pengindahan Masjid Negara, Kompleks Al-Bukhary, sumbangan RM1 juta untuk Tabung
Tsunami, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, institusi pengajian untuk
3,000 pelajar, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan bagi rakyat Malaysia
yang tidak berkemampuan untuk menunaikan haji telah ditaja oleh Tan Sri Syed
Mokhtar setiap tahun.
Di
samping itu, Beliau tidak lupa untuk tetap taat dalam melakukan semua
tanggungjawabnya untuk membantu orang lain terutamanya orang melayu.Sumbangan
sosialnya bermula daripada didikan ibu
yang menyuruhnya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ada ,sentiasa taat pada
perintah tuhan dan sentiasa berkongsi nikmat yang diperolehi bersama orang
lain.
Ada suatu ketika apabila ibunya menyuruh memberikan sebahagian
daripada elaunnya iaitu RM750.00 pertamanya yang bekerja sebagai pengarah
syarikat beras kepada jiran-jiran yang susah. Sebahagiannya lagi iaitu
RM750.00, ibunya simpan. Selain itu, di surau-surau yang memerlukan bantuan
beliau telah menghantar lampu kerosen telah disuruh oleh ibunya sejak dulu lagi
untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situlah
bermulanya pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali
hari ini.
rujukan:
new past
