SIKAP TERBUKA/OPEN CULTURE
Sunday, 18 October 2015, ϟ 0 shout(s)



Seorang usahawan perlu mempunyai sikap keterbukaan dalam diri masing-masing. Jika mereka mempunyai sikap keterbukaan dalam diri mereka, ini bermakna mereka akan mendengar pendapat atau pandangan orang lain daripada sesiapa sahaja sama ada lebih tua atau lebih muda dari mereka. Jika mereka mengamalkan sikap ini dengan positif, maka tiadalah sikap ego atau sikap berprasangka buruk dalam membuat keputusan atau apa jua keadaan.
            Contoh usahawan yang boleh kita ambil ialah Tan Sri Lim Goh Tong. Tan Sri merupakan salah seorang usahawan yang terkaya di Malaysia. Pada tahun 2005, beliau meninggal dunia dan meninggalkan harta sebanyak RM421.60 bilion. Beliau merupakan pengasas dan presiden kumpulan Genting. Sikap terbuka yang beliau miliki ialah beliau memulakan perniagaan dari bawah. Tan sri bekerja sebagai tukang kayu sebelum membuka syarikat pembinaan Kien Huat dan bergelar kontraktor kelas A. Usaha gigih dan kerajinan yang ditunjuk oleh beliau telah mendapatkan hasil yang berlipat ganda. Pelbagai perniagaan yang beliau buat sebelum menjadi jutawan.
            Tan Sri pernah dikatakan gila yang berhasrat  untuk membangunkan Gunung Ulu Kali. Titik peluh beliau, kini Gunung ulu kali telah berubah menjadi tempat perlancongan yang dikenali Genting Highlands. Penubuhan Genting Highlands telah memberikan peluang pekerjaan semua kaum di Malaysia.
            Beliau juga tidak pernah terpikir untuk bermain kotor dalam perniagaan. Beliau juga sentiasa menasihati kaumnya sendiri iaitu  orang Cina dan semua kaum yang ingin belajar lebuh mendalam mengenai usahawan  agar tidak membuat helah. . Peniaga harus percaya pada diri sendiri  dan percaya pada orang yang berada di sekelilingnya  serta  juga percaya kepada Tuhan agar memohon keberkatan dan pertolongan darinya. Hendak memulakan perniagaan bukan suatu perkara yang mudah, jika mempunyai musuh, kelak perniagaan itu tidak mampu bertahan ekoran ada musuh yang menikam dari belakang.



new past