RANGKAIAN (NETWORKED)
Sunday, 18 October 2015, ϟ 0 shout(s)



Nama seorang tokoh yang pakar tentang mereka dan mencipta pelbagai gaya kasut sedang gah dipersada dunia tidak asing lagi iaitu Datuk Jimmy Choo. Beliau bukan sahaja seorang tukang membuat kasut yang mahir malah seorang pereka kasut dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Untuk mendapat ilham dan inspirasi rekaannya,beliau mengambil inisiatif  dengan melihat alam semula jadi seperti bunga,sungai dan pokok dan juga dari tempat-tempat yang dilawatinya mampu memberinya idea-idea untuk hasil rekaannya. Di samping itu,beliau sangat teliti dalam membentuk acuan kasut yang terdiri daripada bahagian atas,tumit dan tapak bagi memastikan kasut rekaannya seimbang agar si pemakai kasutnya berasa selamat dan selesa walaupun mengenakan kasut bertumit tinggi.
 Tidak lain tidak bukan tokoh tersebut  ialah Datuk Jimmy Choo.Beliau dilahirkan pada tahun 1961 di Pulau Pinang, Malaysia dalam sebuah keluarga kecil di mana, ayahnya menjalankan perniagaan membuat kasut juga ketika itu. Bermula saat itulah beliau mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada ayahnya iaitu seorang tukang kasut yang bekerja secara sepenuh masa.
             Di samping itu,Datuk Jimmy Choo telah menamatkan pembelajaran beliau pada tahun enam di Sekolah Rendah Shih Chung. Beliau menolong ayahnya dan pada umur 11 tahun,beliau berjaya menghasilkan kasut pertama.Beliau menyambung pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London. Sewaktu beliau melanjutkan pelajaran beliau ke luar negara ,bapanya telah menanggung pengajiannya pada tahun pertamanya tetapi untuk 3 tahun yang seterusnya demi mencari sesuap nasi dan menampung pengajiannya, beliau menhambil inisiatif dengan melakukan kerja secara separuh masa sebagai pencuci di kilang kasut  dan juga di restoran demi mencari sesuap nasi dan menampung pengajiannya.
Selepas tamat pengajian, beliau mencuba nasib untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan iaitu bekas hospital yang ditinggalkan.Selama 4 tahun beliau menjalani kehidupan  yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya tidak mendapat perhatian dan mengalami kerugian.Rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue iaitu sebuah majalah fesyen setelah empat tahun bertungkus lumus,sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali ramai.Akan tetapi beliau masih kecewa dan hampa ekoran kerana walaupun mendapat liputan media namun jualannya terus merosot.
            Empat tahun berlalu apabila rekaan beliau telah memikat hati mendiang Puteri Diana lantas membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak dari hari itu, Puteri Diana terus jatuh cinta akan rekaan-rekaan Jimmy Choo dan menyebabkan nama Jimmy Choo terus melonjak ke persada antarabangsa. Pada tahun 1996, Jimmy Choo Ltd  telah diasaskan oleh beliau bersama editor British Vogue iaitu Tamara Mellon. Pada April 2001, Datuk JimmynChoo menjual pegangan  sebanyak 50% dalam syarikat dengan harga sebanyak £ 10 juta dibawah lesen daripada Jimmy Choo Ltd. untuk menumpukan pada kerja-kerja yang dilakukan untuk Jimmy Choo Couture.
            Kini jenama Jimmy  Choo dikaitkan dengan gaya elegan, ketulenan dan kemewahan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di seantero dunia. Sepasang kasut wanita dijual sehingga mencecah beribu-ribu US dollar. Antara pelanggannya ialah Natalie Imbruglia dan Katie Holmes.Beberapa orang terkenal memakai dan menempah  kasut dengan  beliau.
            Secara tidak langsung, atas kejayaannya memperkenalkan nama Malaysia di dunia fesyen serta elemen patriotik yang sentiasa dibicaranya ketika berucap tentang negaranya beliau telah dianggap sebagai duta Malaysia. Secara bersantai beliau pernah berkata, ingin dikenang sebagai seorang dewa kasut. Hal ini dapat dikaitkan dengan tokoh lagenda iaitu Wah Toi, seorang dewa kasut dalam masyarakat Cina yang dipuja oleh Persatuan Pembuat Kasut Cina dari bahagian timur dunia.Namun pada hakikatnya, beliau telah dianggap sebagai seorang dewa kasut memandangkan kasut rekaannya telah diiktiraf oleh dunia fesyen sejagat dan  menjadi kegemaran pencinta-pencinta fesyen.

 
 serba sedikit video
Datuk Jimmy Choo
 rujukan:

new past