PROAKTIF – TAN SRI MOKHZANI MAHATHIR
Tuesday, 13 October 2015, ϟ 0 shout(s)


Umum mengatakan bahawa usahawan yang berjaya haruslah memiliki ciri proaktif dalam diri mereka. Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua mendefinisikan proaktif kepada bersikap positif dengan merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian. KUALA LUMPUR - Setiap orang perlu proaktif menceburi peluang yang ada untuk menjadi usahawan yang maju. (sinarharianonline)
            Antara sikap positif yang saya ingin ketengahkan ialah sikap ingin tahu dan ambil tahu. Perasaaan ingin tahu ialah sifat dalaman atau naluri  yang dimiliki oleh setiap insan sejak lahir lagi.. Antara tokoh usahawan yang terserlah sikap ingin tahu yang amat mendalam terhadap sesuatu ialah  Tan Sri Mokhzani Mahathir. Tan Sri Mokhzani Mahathir, iaitu anak kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berumur 52 tahun warganegara Malaysia, telah dipilih sebagai Ahli Lembaga Pengarah SapuraKencana Petroleum pada 9 Disember 2011, beliau dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan Naib Pengerusi. Tan Sri Mokhzani  juga adalah ahli Jawatankuasa Imbuhan Sapura Kencana Petroleum.
              Beliau sudah mula memperlihatkan minat kepada bidang petroleum ini sejak dari zaman mudanya lagi. Semangat dan minat terhadap sektor ini dapat dilihat apabila beliau melanjutkan pembelajarannya dan berjaya menamatkan ijazahnya dalam Bachelor of Science in Petroleum Engineering di University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A. Sehubungan dengan itu, melalui latar belakang pendidikan yang jelas dimiliki oleh tokoh usahawan ini, sudah jelas memperlihatkan bahawa beliau mahir dan mempunyai minat yang teramat dalam bidang petroleum. Rasa ingin tahu kepada  alam petroleum ini membuatkan tokoh ini pada suatu ketika dahulu berusaha untuk mendapat pendidikan dalam bidang yang amat diminatinya  pada ketika itu. Tambahan pula Tan Sri Mokhzani yang merupakan anak Tun Dr Mahathir mendapat dorongan penuh oleh seluruh ahli keluarganya.
            Setelah berjaya menyelesaikan pendidikannya,Tan Sri Mokhzani memulakan minatnya dalam bidang petroleum. Pengalaman dan cabaran yang dipungut  sepanjang kariernya dalam bidang petroleum ini memotivasikan dan menaikkan semangat dirinya untuk menubuhkan atau menjalankan  sebuah syarikat dan bekerja sendiri. Sifat keusahawanan yang tersemai dalam diri beliau telah menonjol  apabila beliau  membangunkan  sebuah syarikat pelaburan yang bernama Kencana Capital Sdn Bhd yang beroperasi dalam bidang Oil and Gas service provider,IT,automotif dan hartanah. Perniagaan syarikatnya bertambah maju dan sifat ingin tahu yang ada  dalam dirinya membuatkan beliau merasakan beliau perlu membuatkan penyasatan  yang lebih  jauh dan mendalam untuk meluaskan lagi perniagaan yang telah dijayakannya. Beberapa langkah telah diambil oleh Tan Sri Mokhzani dalam memenuhi rasa ingin tahunya itu.
            Tan Sri Mokhzani telah menemui beberapa tokoh yang terkemuka untuk dijadikan contoh salah seorang darinya ialah bapanya sendiri iaitu bekas atau mantan  Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendapatkan beberapa info dengan lebih mendalam dan membongkar apakah langkah yang terbaik yang untuk  harus diambil beliau dalam mengecapi dan mencapai apa yang diidamkannya.Tan Sri Mokhzani membuat keputusan bahawa syarikat miliknya Kencana Petroleum harus membuat perjanjian dengan syarikat lain demi memajukan dan meneruskan lagi perniagaannya. Beliau membuat keputusan untuk bergabung serta berkongsi dengan syarikat Sapura Crest pada tahun 2012 dan menghasilkan Sapura Kencana iaitu sebuah syarikat Oil and Gas Service Provider yang terbesar di Malaysia.
            Konklusinya,dalam menempa nama sebagai seorang usahawan yang mengecapi kejayaan, kita semestinya mempunyai sifat-sifat yang akan menjadi pendokong kepada diri. Sikap ingin tahu dan ingin mempelajari sesuatu yang baru amatlah penting kerana ia membawa seseorang usahawan itu dari yang tangga bawah sehinggalah kepada takuk yang paling tinggi..Tan Sri Mokhzani juga merupakan individu yang wajar dan boleh  dijadikan contoh oleh anak muda yang mahu memulakan perancangan perniagaan serta berikrar untuk menjadi seorang usahawan yang mampu mencipta nama di peringkat antarabangsa.




new past