KEGAGALAN SEBUAH KEJAYAAN/FAILURE IS AN OPTION(SAIFUL NANG)
Sunday, 18 October 2015, ϟ 0 shout(s)

Seorang usahawan mestilah mempunyai peranan yang penting dalam proses pembelajaran kesilapan dan kegagalan. Kebanyakan usahawan telah membuktikan bahawa mereka telah belajar dari kesilapan dan kegagalan untuk memperolehi kejayaan. Kesilapan yang dilakukan oleh usahawan adalah langkah pertama untuk memulakan perniagaan dan untuk menangani pengalaman kesilapan dan kegagalan.
            Usahawan mestilah mengenal pasti antara sebab-sebab kegagalan dalam perniagaan mereka dan mereka mestilah menggunakan pengalaman itu sebagai sumber inspirasi untuk memulakan perniagaan. Hal ini kerana usahawan mestilah memikirkan bahawa kesilapan dan kegagalan dapat mewujudkan rasa bertanggungjawab terhadap diri masing-masing.
            Contoh usahawan yang belajar daripada kesilapan ialah Saiful bin Nang dan dikenali sebagai Saiful Nang. Beliau merupakan jurugambar yang mempunyai pengaruh yang terbesar dan terkenal di Malaysia. Beliau juga telah disenaraikan dalam kalangan 20 usahawan yang paling kreatif di Malaysia. Saiful Nang telah memulakan perniagaan yang kecil sejak sekolah rendah dengan menjual lukisan kepada rakannya sahaja.
             Sejak dari itu, perniagaan beliau berkembang dan beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Inggeris,Johor Bahru. . Beliau berpendapat bahawa mungkin modal di bidang kreatif adalah kecil tetapi ia mempunyai modal intelektual yang tinggi. Beliau juga mestilah mempunyai sekurang-kurangnya komputer riba untuk memulakan sebuah perniagaan.
             Selepas percubaan pertama pada tahun 2002, beliau menerima satu permulaan yang baik sejak tahun 2004 untuk memulakan perniagaan. Pada tahun 2002, beliau hampir muflis sejak pertama kali beliau memulakan perniagaan. Sejak dari itu, beliau telah belajar dari kesilapan dan menasihatkan diri jika kita mahu melakukan sesuatu,ia mestilah berkaitan dengan minat. Kesilapan yang dilakukan oleh Saiful Nang adalah ia hanya pentingkan wang pada masa itu.

             Kesilapan dan kegagalan adalah risiko yang besar dalam bidang usahawan. Usahawan perlu menggambarkan bagaimana mereka menggunakan keadaan untuk kepentingan mereka. Banyak cara untuk mengatasi masalah kesilapan dan kegagalan antaranya ialah belajar menyelesaikan masalah, befikir untuk mengatasi dan banyak lagi caranya. Usahawan perlulah mengambil sikap yang positif terhadap kesilapan dan kegagalan. Usahawan yang berjaya dapat menangani masalah ini dengan jayanya. Apabila usahawan melakukan kesilapan, usahawan perlulah bertanggungjawab ke atas kesilapan tersebut.
















new past