BERANI MENGAMBIL RISIKO – DATUK WIRA DR. MAZNAH HAMID
Tuesday, 13 October 2015, ϟ 0 shout(s)

Antara ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang usahawan ialah berani mengambil risiko. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan mengambil risiko kepada melakukan sesuatu tanpa mempedulikan kemungkinan-kemungkinan bahaya atau kerugian dalam perniagaan. 
  Contoh salah seorang usahawan yang berani mengambil risiko ialah Datuk Wira Dr Maznah Hamid yang lebih dikenal sebagai “ The Iron Lady “..Datuk Wira Dr. Maznah yang berumur 59 tahun dan berasal dari Ayer Hitam, Kedah. Beliau merupakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce yang merupakan syarikat yang menjaga kawalan keselamatan yang terbaik. Beliau telah menaikkan nama Securiforce yang tidak dikenali langsung oleh masyarakat 33 tahu yang lepas  menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terkemuka di Malaysia yang dikenali ramai dan berjaya manyaingi lebih 400 buah syarikat lain yang seumpama dengannnya.
  Datuk Wira Dr Maznah Hamid kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, menjadi ketua lebih 6,000 pekerja dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Van kalis peluru tersebut telah direka khas da dihasilkan oleh Sucuriforce sendiri dan ia merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan. Masyarakat sekarang tidak membuka minda mereka bahawa perkhidmatan Securiforce ini bukan sahaja terhad kepada ‘static guard ‘ sahaja malahan syarikat ini turut mengandungi logistic, cash-in-transit, pengurusan tunai,dan banyak lagi perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat Sucuriforce ini. Syarikat kawalan keselamatan ini memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan secara keseluruhan iaitu memegan konsep ‘total security’.
 Sikap berani mengambil risiko yang dapat dilihat dalam diri Datuk Wira Dr Maznah Hamid membuahkan hasil yang kini Seuriforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang berkembang maju di Danau Lumayan hasil daripada kerja keras beliau dan kumpulannya sendiri.
Securiforce juga bergiat aktif dan telah mengembangkan sayap ke tahap yang lebih maju iaitu peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik yang dikenali sebagai agen penghantaran darat, laut dan udara, beliau telah membuka cawangan ke peringkat antarabangsa termasuk rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah bagi menepati keperluan semasa.
            Selain itu, Securiforce Logistik turut memperolehi cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Sesuatu yang menarik mengenai 'success story' Datuk Wira Dr. Maznah Hamid ialah keseluruhan anak syarikatnya dibangunkan dan bergiat aktif tanpa sebarang bantuan kewangan daripada pihak bank. Hal ini menunjukkan bahawa Datuk Wira Dr. Maznah berani mengambil risiko untuk memajukan usahanya tanpa bantuan kewangan dari pihak lain. Pelbagai pihak dan pelbagai lapisan masyarakat mengagumi kejayaan  ini yang sukar untuk ditemui pada era dunia yang kian mencabar ini. Prinsip kejayaan beliau ialah 'modal perniagaan yang sebetulnya ialah dirinya sendiri'.
             Beliau memegang teguh kepada prinsipnya sendiri iaitu 'kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka konklusinya kita akan memperolehi lebih dari apa yang kita kerjakan'. Prinsip ini telah membawa kejayaan yang besar dalam perniagaannya yang menjadikan beliau berada di tahap puncak sehingga sekarang.
            Datuk Wira Dr Maznah Hamid juga merupakan seorang wanita yang bergiat aktif dalam persatuan dan beliau memegang banyak jawatan. Antaranya ialah beliau dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Golden Hope Plantations Berhad, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultanah Bahiyah, Kedah, Universiti Utara Malaysia serta banyak lagi. Dapat saya simpulkan bahawa usahawan seperti Datuk Wira Dr. Maznah perlu dicontohi kerana beliau mempunyai nilai yang amat digeruni oleh kebanyakkan usahawan iaitu berani mengambil risiko. Usahawan yang ingin mencapai kejayaan semestinya berani mengambil risiko dari pelbagai aspek seperti kewangan, perkhidmatan, kelengkapan, dan lain-lain yang perlu dititik beratkan untuk mencapai keinginan atau target seseorang itu.

new past