Biografi Bill Gates
Saturday, 14 November 2015, ϟ 0 shout(s)



William Henry Gates III atau Bill Gates dilahirkan di Seattle’s Swedish Hospital di Seattle, Washington pada 28 Oktober 1955. Bill Gates adalah anak kedua dari tiga adik beradik. Ayahnya William Henry Gates adalah seorang peguam yang bekerja di sebuah firma guaman di kota. Manakala ibunya Mary Maxwell seorang pegawai First Interstate Bank, Pacific Northwest Bell dan anggota Tingkat Nasional United Way.
            Bill Gates merupakan pelajar cemerlang ketika di sekolah rendah terutama dalam mata pelajaran matematik dan sains. Pada umur 13 tahun (Reshma,2010). Bill Gates dihantar belajar ke Lakeside School For Boys, sekolah yang paling unggul di Seattle, di mana yuran tahunannya ialah USD$5000 berbanding dengan Universiti Harvard sebanyak USD$1,760. Ketika di dalam gred 8, Kelab Ibu sekolah tersebut membuat kutipan jualan untuk membeli terminal teletaip ASR-33 dan juga beberapa blok masa menggunakan komputer dari Syarikat General Electric Computer(GE).
            Bill Gates menunjukkan minat yang amat tinggi dalam pengaturcaraan GE menggunakan BASIC dan diberi kelonggaran tidak menghadiri kelas matematik untuk minatnya itu. Selepas sumber kewangan dari Kelab Ibu mula habis disebabkan pembayaran untuk kegunaan masa komputer, Bill Gates dan beberapa pelajar lain terpaksa mencari cara lain. Mereka berjaya mendapat kebenaran dari sebuah syarikat, Computer Center Corporation (CCC) untuk menggunakan komputer mereka, DEC PDP minicomputers secara percuma dengan membantu syarikat tersebut mencari pepijat (bugs) untuk perisian mereka.
Berikut merupakan ciri-ciri keusahawanan yang yang terdapat dalam diri Bill Gates sehingga menjadi seorang usahawan yang Berjaya.
1.         Berorientasikan pasukan
Bill Gates merupakan salah seorang pengasas bersama Microsoft Corporation iaitu syarikat perisian komputer pada tahun 1975 iaitu pada usia beliau 19 tahun bersama Paul Allen. Beliau memiliki wawasan yang sangat jelas dan berpandangan jauh pada masa itu. Pada usia 14 tahun, Bill Gates memulakan syarikat usahasama bersama Paul Allen dan Paul Gilbert yang dipanggil Traf-O-Data. Mereka membina pengira trafik yang menyimpan data di dalam pita yang ditekan (Punched Tape). Ia merupakan sebuah komputer kecil yang digunakan untuk mengawal trafik lalu lintas dan mempunyai perisian untuk memproses data. Mereka mendapat keuntungan bersih USD$20,000 pada tahun yang pertama.
            Walau bagaimanapun apabila umur Bill Gates diketahui, syarikat mereka kehilangan hampir kebanyakan peluang perniagaan. Traf-O-Data adalah syarikat pertama Bill Gates. Bill Gates, menurut sumber akhbar mendapat markah 1590 untuk SAT (Kelayakan unutk memasuki universiti di Amerika Syarikat) dan memohon untuk memasuki Universiti Harvard pada musim luruh 1973 dalam bidang undang-undang. Ketika belajar di universiti tersebut, beliau berkenalan dengan Steve Ballmer yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Microsoft Corporation. (Jeanne,2009)
2.         Kegagalan adalah satu  pilihan
Meskipun dilabel sebagai ‘College drop-out’, sewaktu di Harvard kerana gagal mencapai keputusan yang baik dalam pengajian undang-undang. Dengan ‘drop-out’nya Bill dari kampus membuatkannya lebih fokus untuk mengembangkan Microsoft yang kemudian hari berjaya sebagai penyedia Software komputer yang terbesar di dunia. Semasa belajar di Harvard, Bill Gates dan Paul Allen telah menulis program Altair BASIC untuk Altair 8800 pada pertengahan 1970. Altair merupakan komputer peribadi pertama yang berjaya. Kejayaan tersebut menjadi inspirasi untuk Gates dan Allen mencipta Microsoft BASIC, bahasa komputer terjemahan utama untuk sistem operasi komputer MS-DOS, yang menjadi kunci pada kejayaan Microsoft.
            Sejak Microsoft ditubuhkan pada tahun 1975, Bill Gates bekerja 14 jam tiap hari, dan semasa membangunkan sistem operasi Windows untuk pertama kalinya Bill Gates hanya tidur 8 jam dalam seminggu. Walaupun beliau pernah gagal dalam peperiksaan semasa menuntut di Harvard, namun ia tidak mematahkan semangat Bill sehingga berjaya seperti sekarang. Akhirnya usaha gigihnya pun membuahkan hasil, Gates menjadi jutawan yang selama tiga belas tahun (Forbes,2005). Tempat tinggalnya pun tidak kalah menakjubkan. Tempat tinggalnya adalah sebuah rumah bawah tanah yang terdapat di sisi sebuah bukit menghadap Lake Washington di Medina
3.         Berwawasan
Bill Gates merupakan salah seorang pengasas bersama Microsoft Corporation iaitu syarikat perisian komputer pada tahun 1975 iaitu pada usia beliau 19 tahun bersama Paul Allen. Beliau memiliki wawasan yang sangat jelas dan berpandangan jauh pada masa itu.
Saya mahu menulis perisian komputer, yang merupakan perkara yang amat khusus. Sayatahu perisian komputer akan menjadi industri besar. Saya tidak pasti sama ada saya akanberjaya atau tidak, tetapi saya punya wawasan bahawa komputer akan menjadi alat yang bernilai di atas setiap meja dan akhirnya di setiap rumah ” (Bill Gates, 1993)
Begitulah wawasan Bill Gates, beliau seolah-olah dapat menjangkakan revolusi yang akan berlaku terhadap dunia komputer yang pada masa itu komputer peribadi pun masihbelum wujud. Dalam usia 31 tahun, Bill Gates telah diisytiharkan sebagai jutawan di Amerika malah telah mencatat sejarah jutawan termuda. Rahsia kejayaan Bill Gates juga didorong oleh sifat kerja keras beliau sehingga di gelar ‘gila kerja’ dan ‘nerd komputer’.  (Dangrohani,2012)

4.         Pengambil risiko
Ketika sebelumnya revolusi Microsoft, pada suatu hari Paul Allen dalam perjalanan ingin melawat Bill. Paul terlihat terbitan terbaru Popular Electronics dengan muka hadapan gambar Altair 8800 . Komputer peribadi yang dijual sebagai kit. Paul dapat melihat ini mungkin permulaan komputer peribadi yang boleh didapati oleh setiap orang. Paul bergegas ke rumah Bill yang ketika itu berusia 19 tahun dan berkata tentang peluang mereka untuk membuat perniagaan. Syarikat yang membuat Altair ialah MITS. Tuan punya MITS, Ed Robert memerlukan bahasa komputer yang mudah bagi Altair.
            Bahasa yang paling mudah ialah BASIC. Bill dan Paul memberitahu Robert bahawa mereka mampu menyediakan versi BASIC bagi Altair. Pada masa itu Robert agak tidak percaya kerana tidak ada seorang pun sebelum ini pernah menulis BASIC pada komputer peribadi. Bill dan Paul bekerja siang dan malam untuk menyiapkan BASIC untuk Altair hanya dengan berpandukan gambar dan manual sahaja.Pendapat Robert tentang mereka berdua jelas sekali salah, versi BASIC untuk Altair berjaya disiapkan oleh Bill Gates dan Paul Allen serta berfungsi dengan baik. Semasa tahun pertamanya, Gates digugurkan daripada Harvard untuk menumpukan tenaganya sepenuh masa untuk Microsoft, syarikat beliau telah bermula pada tahun 1975 dengan rakan  masa kanak-kanaknya iaitu Paul Allen terhadap produk-produk baru (Dhananjay,2009).
5.         Keterbukaan
Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat terkenal dalam revolusi komputer peribadi. Walaupun beliau dihormati ramai dengan kekayaaan berdasarkan kepintaran dan cara pemikirannya, namun begitu taktik perniagaan beliau kerap dikritik sebagai tidak bersaing secara adil yang menyebabkan beliau dihadapkan ke mahkamah beberapa kali. Bill Gates kerap membuat sumbangan dengan mendermakan jumlah wang yang besar kepada banyak organisasi dan program kajian sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun 2000, Bill & Melinda Gates Foundation.
             Bill berkahwin dengan Melinda French pada tahun 1994 dan mereka mempunyai tiga orang anak. Ia adalah dengan sokongan berterusan Melinda merialisasikan impian beliau  untuk membantu golongan miskin dan yang memerlukan. Bill dan Melinda bersama-sama menubuhkan Gates Foundation, dan ia telah dikurniakan dengan lebih daripada $ 35 bilion. Beberapa tahun yang lalu, beliau melawat Einstein Elementary School Chicago dan mengumumkan geran memberi manfaat kepada sekolah-sekolah dan muzium Chicago dan menderma sejumlah $ 110,000, sekumpulan komputer, dan menyediakan sambungan Internet untuk beberapa sekolah-sekolah. Kedua, Bill Gates menyumbangkan 38 juta dolar untuk membina sebuah institut komputer di Universiti Stanford. Gates merancang untuk memberikan 95% daripada semua pendapatannya kalau ia sudah tua dan berambut putih (Dan Alexander,20

PENGENALAN
Wednesday, 28 October 2015, ϟ 0 shout(s)

Usahawan adalah individu yang mempunyai ciri-ciri istemewa yang dapat membezakan mereka dengan individu lain.Individu atau masyarakat yang ingin mengecapi kejayaan seperti usahawan perlulah mendalami dan mempunyai ciri-ciri usahawan yang dibincangkan.Terdapat mitos yang sering diperkatakan terhadap usahawan,namun dengan ilmu pengetahuan yang mantap masyarakat mula sedar akan kepentingan usahawan dalam membangunkan ekonomi negara.Setiap individu berpeluang untuk mengecapi kejayaan sebagai seorang usahawan kerana ciri-ciri keusahawan yang ada pada kebanyakan usahawan bukanlah dilahirkan semula jadi,adalah disebabkan faktor-faktor seperti berani mengambil risiko , proaktif , mempunyai matlamat yang jelas , yakin pada diri dan lain-lain lagi adalah menjadikan merekan terus begitu perkasa dipersada dunia.
     Proses pembangunan diri individu di dalam bidang keusahawanan adalah perlu dan mereka perlulah mengenali dirinya sendiri melalui ujian atau potensi kecenderungan keusahawanan mereka.Oleh hal yang demikian, pada abad ke-21 ini,usahawan berhadapan dengan perubahan arus teknologi dan era globalisasi yang semakin pesat.Ciri-ciri yang diketengahkan ini adalah untuk menjadikan usahawan itu mendapatkan kelebihan persaingan berbanding dengan usahawan lain.
                                                                                                              


BERORENTASIKAN PENDAPATAN (INCOME ORIENTED)
ϟ 0 shout(s)



DATO’ SANI
Tidak semua perniagaan itu perlu diusahakan secara besar-besaran yang menelan belanja sehingga jutaan ringgit. Setiap perniagaan yang diusahakan mempunyai harapan yang tinggi, agar perniagaan itu terus maju dan berjaya serta dapat mengubah masa depan agar tidak ditindas pihak lain. Tiada sesiapa yang mengharap perniagaan yang dijalankan musnah dengan wang ringgit yang dikeluarkan.Dato’ Sani merupakan seorang anak muda tempatan yang mempunyai semangat yang kental kerana pada usia 35 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya.
             Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta. Beliau sendiri tidak pernah terlintas untuk berada di tahap sekarang biarpun memiliki impian menjadi ahli perniagaan sejak remaja lagi. Beliau berkata, hasrat untuk memiliki perniagaan bas timbul selepas sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu 20 tahun lalu.
            Dato Sani sebenarnya memulakan perniagaan melalui naluri sendiri, tidak ada orang suruh, tidak mendapat pandangan orang lain. Penglibatan dalam bidang ini adalah atas desakan diri sendiri. Beliau akui mempunyai sedikit kelebihan iaitu pandai mencari peluang dan peluang yang ada digunakan sebaik mungkin, kalau tidak sampai bila pun kita tidak mampu mendapatkannya lagi . Dengan peluang yang diberi, beliau mula membuat kajian terperinci, penganalisis dan menstruktur strategi.
             Pada Januari 2006 Sani Express ada di jalan raya dan alhamdulillah perjalanan perniagaan ini lancar, mendapat sambutan dan berkembang pesat . Sani membuktikan ‘jalan’ dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa.Dato Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta. Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.





 biodata Dato Sani


TAAT (OBSERVANT)
Sunday, 18 October 2015, ϟ 0 shout(s)



Setiap usahawan yang ingin berjaya dalam sesuatu yang akan diusahakannya perlulah memiliki ciri- ciri yang akan membantu mereka mencapai matlamat yang diidamkan.Kebanyakan usahawan atau ahli perniagaan hanya mengidamkan kejayaan yang berterusaan di samping memperoleh pendapatan daripada apa yang mereka diusahakan.
             Terdapat beberapa ciri dan sifat positif yang boleh membantu mereka iaitu para usahawan sepanjang mereka membina kejayaan mereka.Bagi seseorang yang ingin berjinak-jinak dalam dunia usahawan dan untuk bergelar status usahawan yang berjaya,mereka haruslah bersifat disiplin dari segi waktu dan perbelanjaan. Manakala mereka yang masih tidak bersedia dengan tidak melengkapkan diri dengan beberapa sifat seorang usahawan yang berjaya ,mereka bakal menemui kegagalan dalam usaha mereka.
             Terdapat banyak sifat yang harus dimiliki oleh para usahawan.Salah satu daripadanya ialah seorang individu yang bergelar usahawan haruslah taat dalam menjalankan tugas tidak kira dalam apa jua keadaan yang dihadapi.Hal ini kerana,Taat dalam melakukan tugas adalah sifat naluriah yang dimiliki manusia sejak lahir yang telah dipupuk secara semula jadi.Sifat ini menunjukkan betapa rendah diri,teliti dan gigih dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Tokoh usahawan yang menunjukkan sifat ingin tahu yang amat mendalam ialah Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary
            Seperti yang kita ketahui bahawa di Malaysia,Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan usahawan Melayu dan seorang ahli perniagaan  yang terkaya. Pada 2005, menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 billion seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005. Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Kedah iaitu Alor  Setar pada tahun 1951. Sebagai seorang pengusaha daging,beliau memulakan perniagaannya pada tahun 1970. Tambahan pula,Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary juga terlibat dalam perniagaan berasaskan pembinaan, kejuruteraan, perladangan,pelabuhan dan infrastruktur. Pada tahun 80-an, bidang pengangkutan telah dipilih olehTan Sri Syed Mokhtar dalam bidang perniagaan beliau. Hal ini telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara beberapa tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.
            Pada awal 90-an, karier perniagaannya mula dikenali semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar di Johor. Disebabkan minat beliau dalam bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan hal ini menunjukkan bahawa beliau salah seorang manusia yang bertanggungjawab menubuhkan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor sehingga menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sekejap.
             Tidak lama kemudian, Tan Sri Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary dan dengan nilai RM70 juta beliau telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam yang di Kuala Lumpur. Selain itu, sekitar Negeri Kedah dan Perak banyak kerja-kerja amal dan kebajikan dilakukan oleh beliau. Dengan mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun, Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) juga dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar.
            Di samping itu, beliau juga berpengaruh dalam dalam beberapa buah firma terkenal di Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), Malakoff Berhad,PERNAS,  Johor Port Berhad ,Padiberas Nasional Berhad , Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd, , Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., dan banyak lagi. Dikatakan, dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor  Tan Sri Syed Mokhtar telah membeli kepentingan majoriti. MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dandengan nilai RM14.5 billion beliau telah berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan oleh sebab faktor pemulihan ekonomi.
Antara sumbangan social beliau ialah Yayasan Al-Bukhary, , Muzium Kesenian Islam, pengindahan Masjid Negara, Kompleks Al-Bukhary, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan bagi rakyat Malaysia yang tidak berkemampuan untuk menunaikan haji telah ditaja oleh Tan Sri Syed Mokhtar setiap tahun.
       Di samping itu, Beliau tidak lupa untuk tetap taat dalam melakukan semua tanggungjawabnya untuk membantu orang lain terutamanya orang melayu.Sumbangan sosialnya  bermula daripada didikan ibu yang menyuruhnya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ada ,sentiasa taat pada perintah tuhan dan sentiasa berkongsi nikmat yang diperolehi bersama orang lain.
         Ada suatu ketika  apabila ibunya menyuruh memberikan sebahagian daripada elaunnya iaitu RM750.00 pertamanya yang bekerja sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran-jiran yang susah. Sebahagiannya lagi iaitu RM750.00, ibunya simpan. Selain itu, di surau-surau yang memerlukan bantuan beliau telah menghantar lampu kerosen telah disuruh oleh ibunya sejak dulu lagi untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situlah bermulanya pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.


rujukan:

new past